Saturday, August 24, 2019



Image result for jenis peta i think

Definisi Program i-THINK
Program i-THINK didefinisikan sebagai sebuah program yang bermatlamat mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid. Hal ini adalah untuk menghasiklan murid-murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. I-THINK membawa maksud innovative THINKing (Pemikiran Inovatif). Murid-murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir dalam proses pembelajaran. Peta Pemikiran adalah salah satu cabang alat berfikir yang dikembangkan secara visual yang mudah diaplikasi dan difahami merentas kurikulum.

Menurut Tee Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt.Othmandan Yee, Mei Heong (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.  Peta minda adalah sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya.  Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.  Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji nota dengan baik dan berkesan.

Objektif i-THINK
Objektif pertama ialah i-THINK boleh melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif. Objektif kedua ialah i-THINK dapat memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing.

Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar:

(i)           Mencatat nota dengan mudah.
(ii)          Merancang sesuatu seperti penulisan karangan, persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
(iii)        Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv)        Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.

Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di bawah:  

(a)  Menghasilkan Nota      
-Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak.  Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon. 

(b)  Ingat Kembali      
-Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.  Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh.  Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji. 

(c)  Kreativiti       
-Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik.  Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.   

(d)  Penyelesaian Masalah      
-Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan – sama ada dalam bidang profesional atau peribadi – peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain.  Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya. 

(e)  Perancangan       
-Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah.  Peta minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku.  Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan persembahan. 

(f)  Pembentangan      
-Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan.  Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas.  Peta minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran. 

(g)  Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
-Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. 

(h)  Membuat sinopsis      
-Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap.  Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.



Cara Menggunakan i-THINK
Cara menggunakan i-THINK adalah senang dan mudah. Murid-murid boleh menggunakan alat berfikir seperti lapan peta pemikiran oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).





Image result for jenis peta i think
Image result for jenis peta i think
Jenis Peta i-THINK Dan Fungsinya

..Peta Bulatan (Circle map)
-Peta Bulatan digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.


2.   Peta Buih (Bubble map)
-Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3.   Peta Buih Berganda (Double bubble map)
-Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.

4.   Peta Pokok (Tree map)
-Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5.   Peta Dakap (Brace map)
-Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6.   Peta Alir (Flow map)
-Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7.   Peta Pelbagai Alir (Multi-flow map)
-Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8.   Peta Titi (Bridge map)
-Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK. Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid sekolah. I-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.



Kepentingan Peta Minda

Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di bawah:  

(a)  Menghasilkan Nota      
-Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak.  Peta minda boleh digunakan untuk membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon. 

(b)  Ingat Kembali      
-Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.  Catatan yang dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh.  Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji. 

(c)  Kreativiti       
-Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik.  Pengguna peta minda harus menganggap setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.   

(d)  Penyelesaian Masalah      
-Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan – sama ada dalam bidang profesional atau peribadi – peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain.  Selain itu, ia juga membantu individu mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya. 

(e)  Perancangan       
-Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah.  Peta minda boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan, mahu pun buku.  Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan persembahan. 

(f)  Pembentangan      
-Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan.  Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas.  Peta minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil perbincangan dan sumbangsaran. 

(g)  Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
-Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. 

(h)  Membuat sinopsis      
-Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap.  Antara bahan bacaan yang sering kali dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.

Kebaikan Menggunakan i-THINK
      Kegunaan peta pemikiran i-think membawa banyak kebaikan kepada diri saya khususnya sebagai seorang pelajar. Antaranya ialah memudahkan saya untuk membuat nota bagi sebarang sumber sama ada daripada bahan bacaan, kuliah, taklimat, dan sebagainya. Contohnya, mencatat isi penting yang diberikan semasa kuliah dalam bentuk yang ringkas. Ini kerana setiap peta pemikiran i-think hanya perlu dihasilkan dalam bentuk yang ringkas dan padat.  Oleh itu, secara tidak langsung dapat menambah minat saya dalam mebuat ulangkaji.
      Selain itu, peta pemikiran i-think juga dapat memudahkan saya untuk memahami sesuatu tajuk dengan cepat terutamanya semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan.  Walaupun ianya ringkas, namun tetap memberi makna yang nyata dan tersirat. Contohnya, hanya menulis dua hingga tiga perkataan sahaja untuk sesuatu isi namun ianya membawa maksud yang sangat jelas. Intihanya, peta pemikiran i-think dapat membantu saya dalam meningkatkan kefahaman bagi sesuatu subjek.
       Bukan itu sahaja, peta pemikiran i-think juga dapat meningkatkan daya ingatan saya dalam mengingat sesuatu isi penting terutamanya bagi sesuatu tajuk yang susah dan rumit. Contohnya, membuat ringkasan dengan mengambil isi penting daripada sebuah karangan dan menjadikannya ringkas dan padat. Hal ini kerana, satu-satu peta pemikiran i-think itu biasanya dibuat secara ringkas dengan menggunakan isi yang penting sahaja.               
      Peta pemikiran i-think juga dapat menggabungkan fungsi bahagian otak kiri dengan otak kanan semasa belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana, lazimnya peta pemikiran i-think yang dibuat memerlukan seseorang untuk menulis isi-isi penting, melukis bentuk-bentuk peta pemikiran i-think yang sesuai dan mengingatinya. Contohnya, melukis peta Circle Map, Bubble Map, Double Bubble Map, Tree Map dan sebagainya. Deduksinya, aktiviti ini secara langsung dapat menyeimbangkan penggunaan otak pada bahagian kiri dan kanan dalam waktu yang sama.
      Di samping itu, peta pemikiran i-think juga dapat membantu saya untuk mengingat kembali isi-isi penting bagi sesuatu tajuk dengan pantas terutamanya bagi subjek-subjek yang susah dan rumit. Catatan yang dicatat dalam peta pemikiran i-think tidak perlu dicatat dengan menggunakan ayat yang penuh, cukuplah dengan hanya menggunakan perkataan mahupun ayat yang ringkas agar mudah untuk diimbas kembali dalam jangka masa yang panjang. Contohnya, memperbanyakkan penggunaan ayat tunggal berbanding ayat majmuk. Oleh itu, proses ulangkaji yang dilakukan dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan serta menjimatkan masa.
      Malahan, peta pemikiran i-think juga dapat menarik minat saya untuk membaca dan memahami sesuatu subjek yang sukar difahami dalam erti kata lain iaitu subjek yang terlalu banyak fakta terkandung di dalamnya. Hal ini kerana, kebanyakkan pelajar lebih suka membaca nota yang ringkas dan mudah difahami serta diingati berbanding fakta yang panjang lebar. Contohnya seperti subjek sejarah. Oleh itu, secara tidak langsung akan memudahkan saya untuk mengingat sesuatu fakta dengan hanya menggunakan perkataan yang ringkas tetapi mudah difahami dan diingati.



KELEMAHAN PEMETAAN i-THINK
Kelemahan menggunakan peta i-THINK termasuklah murid-murid akan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan peta kerana mereka perlu memahami keseluruhan topik. Mereka juga harus berfikir dahulu sebelum menghasilkan peta disebabkan oleh mereka hanya mengambil isi-isi penting sahaja.





Image result for jenis peta i think


Rujukan
Cikgu Hailmi (2013), Diperolehi daripada
Dr.Nazariyah Sani dan Husin Fateh Din (2015), Kesantunan Masyarakat
Malaysia, Selangor, Sasbadi SDN.BHD,
Nurhafizah binti Zaidi, Roslinda binti Rosli, Mohamed Yusoff bin Mohd. Nor(2017), Universiti Kebangsaan Malaysia, Diperolehi daripada http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/10-NURHAFIZAH-ZAIDI-UKM.pdf
Siti Faiqah Mohd.Salleh (2017), Diperolehi daripada
Tee Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt.
Othman dan Yee Mei Heong (2010), Diperolehi daripada http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf
Tee, Tze Kiong,Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt.
Othmandan Yee, Mei Heong (2009). Penilaian Aras Kemahiran Berfikir Menerusi Ujian SEA, Rubrik Kemahiran Berfikir Dan Rubrik Peta Minda. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s 5-14.
Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee, Ridza Ahmad Nizam
Abd.Raof (1985), Kemahiran Belajar. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd