
Definisi Program i-THINK
Menurut Tee Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad,
Widad Bt.Othmandan Yee, Mei Heong (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di
bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya
untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini
sebagai huraiannya. Peta minda adalah
sangat sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata
pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya.
Selari dengan tujuan peta minda iaitu ia membolehkan pelajar mencatat
nota dengan mudah serta mengingat sesuatu dengan mudah di samping menggabungkan
serta menyeimbangkan kegunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat
bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji
nota dengan baik dan berkesan.
Objektif
i-THINK
Objektif pertama ialah i-THINK boleh melahirkan modal
insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Objektif kedua ialah i-THINK dapat memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan
mampu berdaya saing.
Tujuan peta minda adalah untuk membolehkan pelajar:
(i)
Mencatat nota dengan mudah.
(ii)
Merancang sesuatu seperti penulisan karangan,
persembahan, ucapan, projek dan sebagainya.
(iii)
Mengingat sesuatu dengan mudah.
(iv)
Menggabungkan dan menyeimbangkan kegunaan otak
kanan dan otak kiri semasa belajar.
Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di
bawah:
(a) Menghasilkan Nota
-Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu
menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati
otak. Peta minda boleh digunakan untuk
membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan
bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.
(b) Ingat Kembali
-Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta
minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam
keadaan terurus. Catatan yang dilakukan
tidak perlu dalam bentuk ayat penuh.
Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali
nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji.
(c) Kreativiti
-Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea
berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada
pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap
item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.
(d) Penyelesaian Masalah
-Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan –
sama ada dalam bidang profesional atau peribadi – peta minda membantu individu
untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu
mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke
atas aspek situasi dan kepentingannya.
(e) Perancangan
-Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda
membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan
mudah. Peta minda boleh digunakan untuk
merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan, mahu
pun buku. Di samping itu, peta minda
juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian,
pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan persembahan.
(f) Pembentangan
-Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan
urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan.
Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata,
malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa
merujuk kepada helaian kertas. Peta
minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja,
hasil perbincangan dan sumbangsaran.
(g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
-Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan
penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.
(h) Membuat sinopsis
-Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke
dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali
dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.
Cara Menggunakan i-THINK
Cara menggunakan i-THINK adalah senang dan mudah.
Murid-murid boleh menggunakan alat berfikir seperti lapan peta pemikiran oleh
guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Jenis Peta i-THINK Dan Fungsinya
.1 .Peta
Bulatan (Circle map)
-Bubble Map digunakan untuk
memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti.
Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Peta
Buih Berganda (Double bubble map)
-Double Bubble Map digunakan
untuk membanding beza sesuatu.
4. Peta
Pokok (Tree map)
-Tree Map digunakan untuk
mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Peta
Dakap (Brace map)
-Brace Map digunakan untuk
menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej
keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Peta
Alir (Flow map)
-Flow Map digunakan untuk
membuat urutan sesuatu proses.
7. Peta
Pelbagai Alir (Multi-flow map)
-Multi-flow Map digunakan
untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang
berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah
sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah
akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Peta
Titi (Bridge map)
-Bridge Map digunakan untuk
memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan
menggunakan faktor penghubungan.
Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan
projek i-THINK. Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran
berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam
menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara
kreatif dalam kalangan murid sekolah. I-THINK melahirkan inovator generasi masa
depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta
berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.
Kepentingan
Peta Minda
Kepentingan peta minda dapat dihubungan dengan perkara di
bawah:
(a) Menghasilkan Nota
-Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu
menguruskannya dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati
otak. Peta minda boleh digunakan untuk
membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan
bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.
(b) Ingat Kembali
-Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta
minda membenarkan idea yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam
keadaan terurus. Catatan yang dilakukan
tidak perlu dalam bentuk ayat penuh.
Peta minda berfungsi pantas dan berkesan dalam aktiviti imbas kembali
nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan perkara yang telah diulangkaji.
(c) Kreativiti
-Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea
berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada
pemikiran linear dan membolehkan idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap setiap
item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.
(d) Penyelesaian Masalah
-Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan –
sama ada dalam bidang profesional atau peribadi – peta minda membantu individu
untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu
mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan perbezaan ke
atas aspek situasi dan kepentingannya.
(e) Perancangan
-Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda
membantu individu memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan
mudah. Peta minda boleh digunakan untuk
merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga ke skrip lakonan, mahu
pun buku. Di samping itu, peta minda
juga boleh digunakan untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian,
pelancongan, kerangka karangan, penulisan makalah, laporan dan persembahan.
(f) Pembentangan
-Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan
urutan semasa ingin membuat suatu pembentangan.
Peta minda bukan sahaja membantu dalam mengurus idea-idea dengan nyata,
malah memberi satu gambaran menyeluruh secara visual dalam pemikiran tanpa
merujuk kepada helaian kertas. Peta
minda sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja,
hasil perbincangan dan sumbangsaran.
(g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak
-Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan
penggunaan otak kanan dan otak kiri semasa belajar.
(h) Membuat sinopsis
-Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke
dalam bentuk sinopsis atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali
dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.
Kebaikan
Menggunakan i-THINK
Kegunaan peta pemikiran i-think membawa banyak kebaikan
kepada diri saya khususnya sebagai seorang pelajar. Antaranya ialah memudahkan
saya untuk membuat nota bagi sebarang sumber sama ada daripada bahan bacaan,
kuliah, taklimat, dan sebagainya. Contohnya, mencatat isi penting
yang diberikan semasa kuliah dalam bentuk yang ringkas. Ini kerana setiap peta
pemikiran i-think hanya perlu dihasilkan dalam bentuk yang ringkas dan
padat. Oleh itu, secara tidak langsung
dapat menambah minat saya dalam mebuat ulangkaji.
Selain itu, peta pemikiran i-think juga dapat memudahkan
saya untuk memahami sesuatu tajuk dengan cepat terutamanya semasa membuat
ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan.
Walaupun ianya ringkas, namun tetap memberi makna yang nyata dan
tersirat. Contohnya, hanya menulis dua hingga tiga perkataan sahaja untuk
sesuatu isi namun ianya membawa maksud yang sangat jelas. Intihanya, peta
pemikiran i-think dapat membantu saya dalam meningkatkan kefahaman bagi sesuatu
subjek.
Bukan itu sahaja, peta pemikiran i-think juga dapat
meningkatkan daya ingatan saya dalam mengingat sesuatu isi penting terutamanya
bagi sesuatu tajuk yang susah dan rumit. Contohnya, membuat
ringkasan dengan mengambil isi penting daripada sebuah karangan dan
menjadikannya ringkas dan padat. Hal ini kerana, satu-satu peta pemikiran
i-think itu biasanya dibuat secara ringkas dengan menggunakan isi yang penting
sahaja.
Peta pemikiran i-think juga dapat menggabungkan fungsi
bahagian otak kiri dengan otak kanan semasa belajar. Hal ini
dikatakan demikian kerana, lazimnya peta pemikiran i-think yang dibuat memerlukan seseorang untuk
menulis isi-isi penting, melukis bentuk-bentuk peta pemikiran i-think yang
sesuai dan mengingatinya. Contohnya, melukis peta Circle Map, Bubble Map,
Double Bubble Map, Tree Map dan sebagainya. Deduksinya,
aktiviti ini secara langsung dapat menyeimbangkan penggunaan otak pada bahagian
kiri dan kanan dalam waktu yang sama.
Di samping itu, peta pemikiran i-think juga dapat
membantu saya untuk mengingat kembali isi-isi penting bagi sesuatu tajuk dengan
pantas terutamanya bagi subjek-subjek yang susah dan rumit.
Catatan yang dicatat dalam peta pemikiran i-think tidak perlu dicatat dengan
menggunakan ayat yang penuh, cukuplah dengan hanya menggunakan perkataan
mahupun ayat yang ringkas agar mudah untuk diimbas kembali dalam jangka masa
yang panjang. Contohnya, memperbanyakkan penggunaan ayat tunggal berbanding
ayat majmuk. Oleh itu, proses ulangkaji yang dilakukan dapat dijalankan dengan
cepat dan berkesan serta menjimatkan masa.
Malahan, peta pemikiran i-think juga dapat menarik minat
saya untuk membaca dan memahami sesuatu subjek yang sukar difahami dalam erti
kata lain iaitu subjek yang terlalu banyak fakta terkandung di dalamnya. Hal
ini kerana, kebanyakkan pelajar lebih suka membaca nota yang ringkas dan mudah
difahami serta diingati berbanding fakta yang panjang lebar. Contohnya seperti
subjek sejarah. Oleh itu, secara tidak langsung akan memudahkan saya untuk
mengingat sesuatu fakta dengan hanya menggunakan perkataan yang ringkas tetapi
mudah difahami dan diingati.
KELEMAHAN PEMETAAN i-THINK
Kelemahan menggunakan peta i-THINK termasuklah
murid-murid akan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan peta kerana mereka
perlu memahami keseluruhan topik. Mereka juga harus berfikir dahulu sebelum
menghasilkan peta disebabkan oleh mereka hanya mengambil isi-isi penting
sahaja.
Rujukan
Cikgu Hailmi (2013), Diperolehi daripada
Dr.Nazariyah Sani dan Husin Fateh Din (2015), Kesantunan
Masyarakat
Malaysia, Selangor, Sasbadi
SDN.BHD,
Nurhafizah binti Zaidi, Roslinda binti Rosli, Mohamed
Yusoff bin Mohd. Nor(2017), Universiti
Kebangsaan Malaysia, Diperolehi daripada http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/10-NURHAFIZAH-ZAIDI-UKM.pdf
Siti Faiqah Mohd.Salleh (2017), Diperolehi daripada
Tee Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad,
Widad Bt.
Othman dan Yee Mei Heong
(2010), Diperolehi daripada http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf
Tee, Tze Kiong,Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad,
Widad Bt.
Othmandan Yee, Mei Heong
(2009). Penilaian Aras Kemahiran Berfikir Menerusi Ujian SEA, Rubrik Kemahiran
Berfikir Dan Rubrik Peta Minda. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s 5-14.
Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee, Ridza Ahmad
Nizam
Abd.Raof (1985), Kemahiran Belajar.
Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd
baik!!!!!!!
ReplyDeleteWow...So good!
ReplyDeleteamat membantu
ReplyDelete